Monday, April 17, 2017

Open Fracture


Open Fracture : Fracture and its haematoma communicate  with the external  environment.

Maksudnya, Tulang patah dan darah bekunya itu ada komunikasi dengan persekitaran luar.


                                           
Mengapa ia sangat penting untuk diketahui?
-Risiko jangkitan kuman
     Risiko jangkitan kuman ini bergantung pada banyak faktor, antaranya : contamination status, energy impact, soft tissue involvement, faktor sistemik pesakit dengan keadaan penyakit medicalnya seperti kencing manis, chronic hypertension with peripheral vascular disease atau nutrition level pada pesakit.

Eg : pesakit kencing manis akan menghadapi masalah luka yang lambat baik JIKA Sugar level mereka berada pada tahap yang tinggi terutamanya melebihi 10mmol.

Kenapa? High Glucose level menyebabkan angiopathy, immunopathy dan neuropathy..
Gula tinggi merosakkan sistem saluran darah, melemahkan antibodi dan menyebabkan saraf berfungsi secara tidak efektif.



-Kaedah rawatan
      Wajib bagi kawasan luka itu dicuci(wound debridement), dilakukan untuk mengurangkan bacterial load pada kawasan luka. Ia menjamin kebersihan luka selepas pembedahan. Malah, membenarkan antibiotic bekerja secara effective.

Anti-Tetanus akan diberi di Kecemasan bagi mengelakkan jangkitan Clostridium tetani yang biasanya terdapat dalam soil/tanah.

Wound irrigation : pembasuhan luka dengan normal saline di wad/kecemasan dengan air yang banyak sehingga 6-9 litter. Bertujuan membersihkan kawasna luka daripada pencemaran seperti tanah pasir, rumput sebelum WOUND DEBRIDEMENT dilakukan di bilik Bedah.

Pesakit akan dihantar ke dewan bedah untuk procedure seterusnya..WOUND DEBRIDEMENT.
Memerlukan puasa 6 jam pada umumnya.

Wound debridement ini, bertujuan, membersihkan tissu-tisu cedera yang tidak lagi berfungsi, membersihkan luka daripada bahan cemar seperti tanah, pasir, rumput dan sevagainya.

Antibiotic juga akan diberi oleh doktor sehinggalah dose yang diberi bertepatan dengan keadaan luka pesakit. Ia subjektif berkaitan durasi antibiotic tersebut.

Operation : External Fixation
Pemasangan 'besi' di luar kawasan patah, untuk kestabilan fracture site.

Mengapa tidak diletakkan besi di dalam badan sahaja? RISIKO jangkitan amat tinggi.
Melainkan kes-kes tertentu sahaja berdasarkan penilaian terperinci Pakar yang Merawat.


-penjagaan luka

Kebiasaannya, bila berlaku open fracture, kemalangan tersebut melibatkan high energy.
Bila high energy impact, soft tissue seperti kulit,lapisan lemak(adipose tissue), otot dan kawasan sendi juga akan terlibat sama dalam kecederaan tersebut. Malah, dalam kes yang teruk, neurovascular bundle(saluran darah,dan saraf ) juga terlibat dalam kecederaan.

Penjagaan luka perlu dilakukan secara serius dan teliti.
Tanda-tanda jangkitan pada luka perlu diketahui.



No comments: