Thursday, January 7, 2016

Pesakit Tulang Patah Versus Merokok


January 2016, sudah lebih 2 tahun aku bekerja sebagai doktor di jabatan Orthopaedik.

Ramai kes tulang patah yang aku lihat dan rawat bersama bos aku, Pakar Orthopaedik.
Maka,pengalaman dan pengetahuan juga sepatutnya bertambah dari masa ke semasa sehingga membuatkan aku teruja untuk menulis di sini.


Kes patah tulang : Open fracture (Tulang patah bersama luka di kawasan patah) atau Closed Fracture(Patah dalam).

Apa yang ingin bincangkan adalah... rawatan dan pesakit yang suka merokok dan terus merokok.
Biasanya untuk kes Closed Fracture(Patah dalam), kes ini tidaklah aku khuatir untuk healing processnya walaupun pesakit merokok kerana risk of infection rendah. Paling teruk pun, tulang lambat sahaja untuk pulih.

Jika biasanya orang lain yang tidak merokok ambil masa 6 minggu untuk pulih patah tulang tangan (forearm), mungkin pesakit yang tegar merokok mengambil masa hampir 3 bulan.

Bagi kes, OPEN FRACTURE.

Risiko bukan setakat tulang lambat baik sahaja, malah, risiko mendapat jangkitan juga tinggi memandangkan luka yang ada di kawasan patah menjadi tempat atau punca jangkita kuman ke kawasan patah tulang.

Kebiasaannya, tulang yang patah itu akan distabilkan dengan pacakan pin logam di luar tulang yang dipanggil External Fixator memandangkan implan lain tidak sesuai dimasukkan ke dalam bahagian badan untuk mengelakkan jangkitan kuman.


JIKA pesakit merupakan perokok tegar, maka berikut adalah kesannya :

1. risiko Jangkitan KUMAN di kawasan tulang patah meningkat. Pesakit akan mendapati, nanah keluar dari luka. Bengkak anggota patah tersebut. Sakit berdenyut . Demam. Inilah kesan jika kawasan patah sudah mengalami jangkitan.

2. Memandangkan Patah tulang itu telah terdedah kepada kawasan luar(Open fracture), maka, tulang itu juga mengalami kerosakan pada bahagian atau lapisan luar tulang yang menjadi sumber bekalan darah kepada tulang iaitu 1/3 sumber darah. Lapisan periosteum itu juga merupakan lapisan penting untuk proses penyembuhan tulang. JIKA, lapisan ini rosak maka lambatlah tulang untuk pulih.

JIKA pesakit merokok, maka lebih lambatlah proses penyembuhan ini berlaku.. jika terlalu lambat proses penyembuhan ini, impaknya... TULANG akan 'GIVEIP" untuk tumbuh pulih . Bahasa mudah faham .

3. Merokok membantutkan sel-sel badan untuk penyembuhan tulang.

4. Merokok melambatkan proses metabolism zat Kalsium yang menjadi keperluan untuk proses tulang sembuh. Keperluan kalsium untuk pesakit yang patah tulang adalah  dua kali ganda dari keperluan biasa .

5. Secara tidak langsung, merokok yang juga melemahkan sistem imunisasi badan , memberi peluang besar untuk jangkita kuman berleluasa walaupun antibiotik telah diberikan dengan berkesan.



Maka, masihkan anda mahu merokok jika anda merupakan pesakit tulang patah?

Ketagih? hmmm

Terpulang pada anda.

Nanti akan aku sisipkan kes yang aku pernah lalui..

Link :

Cigarette smoking delays bone healing: a prospective study of 200 patients operated on by the hemicallotasis technique.



"RESULTS:

Half of the smokers and one fifth of the nonsmokers developed complications. Their mean time in external fixation was 96 (SD 20) days. Smokers required an average of 16 days more in external fixation. Delayed healing and pseudoarthrosis were commoner in smokers than nonsmokers. The risk ratio for smokers to develop complications was 2.5, as compared to nonsmokers."

2016 : Tahun Mengaktifkan Blog ini

Alhamdulillah.

Sekian lama aku membiarkan blog ini tanpa berita dan penulisan.. hari ini aku tekad untuk menulis tentang perubatan terutamanya tentang Orthopaedic atau orang panggil tentang tulang.

InshaAllah.
Berharap aku terus istiqamah.