Tuesday, June 12, 2012

Hati Kena Sabar



Untuk bekerja sebagai seorang doktor!


Apa yang perlu anda ada adalah persiapan sejak kecil lagi. Itu lebih baik. Aku rasa persiapan itu merangkumi segala aspek termasuklah aspek rohani,ilmu pengetahuan am, kekuatan fizikal dan seluruhnya demi menghadapi suasana kerja yang amat mencabar.

Aku fokus kepada pekerjaan  sebagai seorang doktor.

Jujurnya, aku bukan golongan pelajar perubatan yang hebat dan cemerlang. Aku pernah gagal dan aku pernah buat silap. Catatan ini untuk aku dan sesiapa yang ingin menerima perkongsian aku . Semoga kita dapat beroleh manfaat bersama.

Fokus kali ini : SABAR!

Bermula dari sebelum tidur, kena ada perancangan untuk hari esok. Letakkan azam untuk ceria dan tabah menghadapi hari esok. Bangun awal dan bersiap sedia.

Bangun pagi jam 6am ,paling lambat pun, bangun kena bersiap sedia menghadapi hari kerja. Memang bangun-bangun pagi, akan berasa berat!! Malasnya nak pergi kerja! Anggaplah kerja itu suatu perjuangan untuk menuntut ilmu dan bekerja untuk menambah pengalaman. Ikhlaskan diri. Jika terasa malas, ingatkan pada diri, GAJI bulanan itu adalah tanggungjawab dan pastikan ia adalah suci dan halal tanpa ada sebarang curi tulang! Biar kerja lebih jangan ada malas atau skip kerja. Alhamdulillah, setakat ini, aku mampu datang awal bekerja. Jika terlewat sekalipun, aku pastikan aku balik lewat sedikit dan membantu rakan sekerja aku dalam apa-apa procedure. Semuanya demi agama dan kesucian nafkah yang aku dapat. Sedikit atau banyak yang aku dapat, aku tidaklah kisah kerana, aku lakukan demi tanggungjawab aku ,untuk menambah ilmu,pengalaman dan membantu pesakit.

Pernah suatu ketika itu, aku shift malam. Agak sibuk,pesakit tidak henti datang. Hmmm jam 2am, seorang pesakit asthma datang.... Hmmmm..ok fine. Aku pun start jumpa dan sementara senior Dr/MO datang aku terus membuat pemeriksaan.  Tapi belum sempat aku plan, senior aku sudah datang dan sudah buat plan management, maka aku pun belajar terus untuk management yang lebih kemas. Alhamdulillah.

Jam 3.30am, aku yang turun ke makmal menghantar darah pesakit, tiba di ward dengan letihnya, terpandang... satu lagi pesakit atas katil dengan oxygen! hmmmmm.. AEBA!! Asthma lagi!! fuhhhh...
Aku dah keletihan sebenarnya satu per satu procedure tak habis, datang lagi yang baru. hmmm Aku sudah mula rimas dan amarah aku menghembus nafas keluar. hmmmm.. Rilax! Tenang!

Hati aku meronta-ronta mengatakan " kenapa mahu datang ketika jam ini?" Kenapa bukan 10pm? Kenapa perlu jam 2am, 3 am?" .... Pagi-pagi macam ni, janganlah buat benda yang menyusahkan diri." Inilah ayat biasa seorang pekerja yang masih muda menghadapi situasi  biasa ini. Apa boleh buat,inilah rencah kehidupan.

Ketika ini terdetik kata-kata hati  aku dulu, " Aku nak jaga acute cubicle lama sikit, sebab aku nak belajar management acute kes dengan lebih baik. Aku banyak yang tak tahu lagi. Espcially kes yang common macam asthma , epilepsy." Inilah kata-kata aku ketika aku menyusun jadual tugasan HO di ward!

Akhirnya, aku tersedar yang doa aku itu Allah makbulkan ketika aku mula mengeluh keletihan malam/pagi itu. Aku keletihan, otak aku sudah  mula 'jam' sebab terlalu mengantuk dan pening. Mungkin siang itu tidak cukup tidur. hmmmm.. Allah maha adil. Dia berikan sesuatu apa yang kita perlukan, tetapi kita selalu merungut.

Apapun, memang dapat aku belajar bagaimana nak uruskan pesakit dengan lebih baik. Walaupun kita letih,mengantuk dan tidak mampu bertahan, tetapi kita kena teruskan juga. Alhamdulillah, aku mampu bertahan, aku mampu mengawal amarah aku, aku mampu untuk tidak marah atau berkasar, aku juga mampu untuk membuat sesuatu pada pesakit itu untuk mengawal symptomnya. Maka, benarlah, ujian dari Allah adalah sesuatu yang kita mampu lakukan jika kita yakin. Walaupun aku terasa amat berat saat itu. Masakan tidak, aku terlelap sekejap semasa ingin menulis management pesakit atas kertas maklumat pesakit sementara ubat diberi.

Jam 5.30am, aku tekad!! " Aku masuk bilik sekejap! Aku nak tidur sekejap! Kepala aku sudah pening dan mengantuk sangat! Kalau ada apa-apa, panggil aku." kata aku pada rakan setugas.

  Jam 7 am, aku kena start review pesakit lagi. Nak mandi lagi dan nak bersiap-sedia.hmmm.

Alhamdulillah.. Dapat juga aku rehatkan badan sekejap. Cukup.

Dalam hati kecil aku, aku terasa berdosa dan menyesal kerana mengeluh atas ujian yang aku hadapi. Aku tidak mampu menahan ujian kerana masih mengeluh. Sabar aku masih lemah. Aku kena teruskan berusaha dan bersabar. Tenang dalam menghadapi segala situasi.


Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini.
Aku tahu, Kau mengajar aku, kau berikan aku ilmu pada saat yang aku kurang memahaminya. Terima kasih Ya Allah. Kau lah Tuhan Yang Maha Agung.

Monday, June 11, 2012

Hampir Setahun JagungIni

ini antara rakan sekerja aku. Aku posting Paediatric sekarang ni.



Sudah hampir setahun aku peram blog ini tanpa ada coretan apa-apa tentang dunia kerja aku. Mengapa? Kerana .... secara jujur, kalian pembaca mesti tahu beberapa isu buat mereka yang tiada kekuatan seperti aku ini... :


1. Cerita tentang kerja yang ditulis di mana-mana akan dibaca secara sengaja atau tidak oleh orang disekitar kita. Kalau cerita kita itu baik,inshaAllah selamat. Namun!! Kena berwaspada kerana ada makhluk yang suka merosakkan niat murni kita dengan memutar belit apa yang kita kata. Ini satu risiko yang perlu kita hadapi dalam setiap catatan.

2. suasana kerja kita sangat mencabar dan ada banyak peraturan yang perlu kita ikut agar ia tidak merumitkan kehidupan kita. Ada benda yang boleh kita ceritakan dan ada yang perlu kita simpan. Maka, kena tapi sebelum meluahkan.

3. Bila kita menulis sesuatu tentang kerja, ia amat mengujakn sampai kita terlepas pandang. Suatu masa kita terlajak dengan menulis segala ketidakpuas hati kita terhadap rakan sekerja. Akhirnya, rakan kepada rakan terbaca. maka, Dia pun sampaikan kepada rakan kepada rakannya.....hmmm Bom!!! Habislah... Satu department meletup! May be satu tempat kerja tau..eheheh...


Manusia suka gossip! Siapa kamu di sisi agama, adalah..... berapa banyak gossip yang kamu buat dan kamu dapat... Jika kamu buat gossip buruk , maka kamu melupakan hadis rasulullah yang mengatakan mengumpat itu seumpama makan daging saudara kamu sendiri. Jika kamu menfitnah, maka ia lebih buruk dari membunuh.

Jadi, apa pula jika kamu mendapat banyak gossip??

hehehe.. ini menunjukkan yang kamu kurang dihormati atas pegangan agama kamu. Orang merasa kamu/kita adalah orang biasa yang terlibat dengan gejala bergossip/amalan sia-sia..... maka, sedarilah kelemahan kita. Kurangkan bersubahat dan perbaiki amal agama kita. Bukan aku nak menjadi ustaz memberi ceramah....ini sekadar renungan buat hati yang telah menyerahkan dirinya sebagai orang Islam. Perkara sebegini sepatutnya ada pada jiwa-jiwa umat Muhammad. Tiada yang pelik melainkan diri kalian sendiri yang sudah hilang nilai mahmudah.


hmmmm.. kisah pekerjaan ku??.... bersambung.

p/s: entri permulaan untuk mengecas otak!! heheheh...

Atas permintaan seorang yang nak tahu bagaimana pekerjaan aku sekarang!!! nanti aku tuliskan..
Presentation pun aku sanggup ketepikan, demi memenuhi kehendak pelanggan.. :P Gurau je.