Tahun 1 vs Tahun 5
Perbezaan daripada sifat sabar. Pasti berbeza. Huh. Macamana aku ukur? Haha. Ia sukar diukur tapi dapatlah dilihat melalui beberapa peristiwa.
Bila pergi kedai makan...
Kalau tahun satu, bila waiter lambat, mulalah aku tunjuk muka dan nak marah. Tak da lah nak senyum. Bagi aku,kalau tugas nak jual makanan, mestilah layan pelanggan dengan baik.
Bila dah masuk tahun 5, tahun akhir, aku mula mengawal sifat sabar. Cuba berlagak cool walaupun dekat setengah jam tunggu waiter yang tak ambil order air . Ada kala, sampai habis makan, waiter air tak sampai2. Aku jenis yang diam, malas berbunyi macam pelesit. Kalau depa tak mahu ambil order,aku lagi malas nak order. Yup, mereka lagi tua,tapi bagaimana harus menempah makanan agar lebih menghormati .
Pernah aku merasa, kenapa aku sombong dengan orang lagi tua? Abang-abang yang ambil order lebih tua. Aku kena hormat. Hmmm... Aku pun tak tahu bagaimana cara terbaik untuk membuat order agar aku sangat menghormati mereka.
simpati dan takut.
Tahun satu, aduhai. Bila melihat mangsa kemalangan atau pesakit dalam ward,mulalah aku berasa simpati dan sedih dengan keadaan mereka. Malah, sebelum masuk USM ni, aku memang ada sifat takut dan gementar bila berdepan dengan situasi yang bergelumang dengan darah.
Namun, semuanya beransur matang. Hidup ini pasti berubah ke arah yang lebih baik jika memilih untuk menjadi baik. InshaAllah. Allah akan bantu. Masuk tahun 5. Aku berasa amat bersyukur kerana kepayahan lalu banyak mengajar aku. Alhamdulillah. Bila diberi peluang itu, aku berusaha dengan gigih dengan pertolongan kawan -kawan dan semua yang ada di sekitar aku. Aku mula belajar satu per satu daripada pengalaman mereka. Walaupun ada kala aku mengeluh kerana banyak ketinggalan, namun, aku tetap teruskan memperbaiki diri. Perasaan takut dan gementar hilang demi misi menyelamat pesakit. Jarum dan pembedahan adalah perkara yang kerap dilihat dan disertai. Jadi, peluang ini banyak mengajar kekuatan dalaman agar serius dalam membantu orang.
Hari ini bila diminta untuk membantu doktor ambil darah, inshaAllah, aku yakin untuk tolong. Sehingga aku sudah boleh jadi tukang ajar adik-adik medic yang lain yang baru belajar. Huhu.. Sejak pertama kali aku cuba mengambil darah dan ia berjaya, alhamdulillah, aku terus mantapkan diri. Mangsa pertama yang kena ambil darah oleh aku adalah member aku sebelah bilik ni, JACKNAIM, pergh! ana nampak urat budak ni, semuanya blur! Tapi, pada masa itu juga,datang seorang nurse, katanya, ini senang je, kamu rasa je urat/vein budak ni yang kenyal. What?? Senang ke mak cik?! aduhai.. sabar je lah den.
Aku mencuba, alhamdulillah, memang terkena sasaran. Maka, berbunga perasaan yakin dan aku dengan semangat menuju mangsa kedua iaitu abang yang ada demam denggi. Biasanya kena ambil darah setiap 2-3 kali sehari bergantung pada keperluan. Macam tulah kot, aku lupa lah berapa kali kena ambil darah untuk pesakit denggi. Maaf kalau silap. Ambil darah sebab nak lihat jumlah platlet dan juga kepekatan darah.
Inilah pengalaman aku, untuk perkongsian di blog Pengalaman Aku dalam Dunia Medic.
Semoga Allah berkati kita semua.