Thursday, May 20, 2010

Dua Warna Dua Situasi






Ingatan juga bernoktah....

Ya, pastinya sukar untuk memahaminya. Penafian dan perbahasan tidak akan berakhir untuk menafikannya. Hakikatnya, ingatan juga makhluk yang tidak kekal selamanya.


Komen gambar hiasan: teringat aku ketika aku berbual dengan sahabat sekolah lama dan aku memberitahu bahawa aku di universiti ini tidaklah seperti mana di sekolah dulu yang selalunya merampas gelaran Top 3. Ada juga yang aku terkandas di dalam beberapa kertas peperiksaan. Dia dengan spontan menjawab, ''harap dengan apa yang berlaku itu membuat kau lebih rendah diri dan baik". Tersentak aku bila kata-katanya itu dilafaz secara spontan. Hehe rupanya,dia kata aku 'poyo' atau sombong. Hmmm.. memang pun masa sekolah dulu, sebenarnya tidaklah sejahat itu, aku dalam dunia aku yang penuh tertekan dengan matlamat dan cita-cita aku. Aku stress mahukan keputusan yang cemerlang sepertimana yang lain. Sebabnya satu. Merubah hidup keluarga! Hari ini aku diuji. Tetapi bukanlah ia untuk menatuhkan aku, tetapi merubah keluarga aku dengan mendidik jiwa aku agar lebih matang menghadapi masalah! syukur padaMu ya Tuhan...

Tuesday, May 11, 2010

Teguhkan Diri












Susah juga mahu bertahan...
ingatan itu pasti bermain melemahkan diri...

Ya Tuhan, berikanlah daku kekuatan...

Sunday, May 9, 2010

Dua Masa Yang Berbeda









Antara yang hidup dan yang bertarung untuk terus hidup...
suatu saat yang amat sukar difahami dan dijalani...

Ya Tuhan, ampunilah dosa hamba-hambamu ini...
Kami memohon agar kau memberi kekuatan dan hidayah sebelum nyawa ini ditarik,
Sekelip mata ia pergi dan sekelip mata juga amal kami terhenti dinilai..
Janganlah engkau matikan kami dalam keadaan kami mengingkari arahanMu..


8 mei 2010...12pm...saat pemergian saat aku di di sini..