Monday, April 19, 2010

Kurniaan dalam Cahaya


a










18 April 2010 aku menjadi photographer yang tak bertauliah dan sempoi sebabnya aku sudahlah tiada pengalaman dalam mengambil gambar di dalam majlis dan aku juga hanyalah tetamu yang tiada kaitan dengan majlis malam ini, iaitu Malam graduasi pelajar perubatan.



Aku teringat dengan kata-kata, " semakin kita menjauhi sesuatu yang kita takuti atau kita kurang suka, maka perkara itu akan datang bertubi-tubi sehingga aku tiada kudrat melawannya melainkan aku menerima seadanya."

Ya, malam ini aku bertemu dengan seorang Prof yang aku cuak dengannya, bila berdepan dengannya mulalah otak aku kosong tak dapat nak berfikri kerana aku takut! hati berdebar dan otak melayang. Akhirnya , aku tenang menghadapinya kerana hakikatnya dia bukanlah yang aku fikirkan. Dia melihat aku dan mengecam aku sebagai elajar tahun 4 perubatan. heheh.. kantoi la plak. Lepas itu, kamera Sony alpha 230 menjadi perbualan, mengapa Sony?... duit tak cukup dr! selamba aku guna word Dr not Prof. huh...

Kemudian sesi bergambar dilaksanakan... aku masih kekok dan tak tahu nak setting cahaya dan sudut dalam majlis. Cikgu photo sedang sibuk mengambil gambar dan dia terus hilang beberapa jam kemudian. Waduh, walaupun dia bukanlah guru yang rasmi, tapi aku selalu tanya beliau. Hebat tak hebat itu bukanlah taruhan tetapi semangat dia mahu mengajar. Aku yakin hikmahnya ada.



Monday, April 12, 2010

Keyakinan Yang Datang
















Hanya padaNya aku berserah!

Friday, April 9, 2010

Maghrib itu


(lokasinya di bawah jambatan)







Camera : Sony Alpha-230
Software : Picasa
Location : Bachok,Kelantan

Hari ini 9 April 2010, sehari selepas tarikh kelahiran aku. Ya, tiada yang istimewa aku dapat rakamkan semalam melainkan satu sms yang kutulis di entri sebelum ini...

Hari ini juga, aku ke Bachok dengan beberapa misi. Biasalah aku, pergi ke suatu tempat dengan beberapa misi untuk memastikan aku tidak mensia-siakan masa. Namun, perjalanan pulang diibaratkan sebagai suatu ujian dan rahmat. Mengajar aku soal pengalaman dan mencari peluang. Kamera kubawa,dikeluarkan untuk menangkap pemandangan sawah padi setelah 1 Km perjalanan. Maghrib waktu itu sudah hampir tibanya. Motor yang meragam aku tumpang di rumah belakang bengkel motor yang mekaniknya sudah pulang dan tiada mahu kembali kerana kepenatan. Nasib yang kurang baik, tetapi biarlah Tuhan yang anugerahkan kebaikanNya...

Thursday, April 8, 2010

Bukan Lagu Untukmu







...." Selamat Ulangtahun ke-23, 'saya' sentiasa menyayangi,sentiasa mengingati,sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup agar bersemangat,tabah dan berani hadapi cabaran hidup. Kuatkan keimananmu,kerana hidup umpama pelayaran di lautan luas. Tekadkan hati untuk berusaha bersungguh-sunguh dalam mencari kejayaan dan kebahagiaan hidup serta jadilah anak yang soleh. Kasih sayang dan doa sentiasa bersamamu tak akan luput ditelan zaman. Selamat mengharungi usia remaja."...



Inilah sms yang memberi kesan ketika aku membacanya, mungkin hati yang selama ini kaku membisu menahan sakit,hari ini tidak tertanggung menghentikannya. Mungkin kerana ada sesuatu yang aku impikan daripada mesej ini belum tiba.Mesej daripada seseorang yang lama aku tinggalkannya dan mungkin aku tidak sempat mendekatinya... Suatu masa... ya suatu masa...biarlah semuanya menjadi rahsia. Biarlah sejarah ini,kepayahan,kesakitan dan rahmat ujiannya menjadi hak milik yang bukan untuk dikongsikan...

Wednesday, April 7, 2010

Pandang-pandang Alam Ini



Camera : Sony Alpha 230
Software : Picasa
Location : USM, Kelantan
Taken on : 7 April 2010

Tiada apa yang mampu kulakukan untuk mendapat ketenangan, melainkan kembali padaNya...
melalui penghayatan ciptaan Yang Maha Kuasa.

Tuesday, April 6, 2010

Teluk Bakung


(Hakikatnya, Teluk Wawasan yang sekadar nama komersial yang tiada agungnya sehingga Teluk Bakung masih menjadi sumpahan tempat ini.)






Hari ini aku mengambil gambar pada cuaca yang agak panas, gambar yang diambil pula susah nak dipastikan Ok atau tidak,kerana mata sakit disinari silauan cahaya. Alasan, ya memang itu alasannya kerana semuanya sudah tertulis,aku pulang ke rumah dengan sedikit hampa kerana tidak cukup gambar ditangkap untuk disimpan. Cuaca panas dan silauan mentari itulah yang merimaskan aku untuk terus bergerak melupakan kamera aku.

Saturday, April 3, 2010

Halaman Rumahku

.... ingin aku hiasi blog ini dengan gambar flora di sekitar rumahku...



















Sony alpha 230
software : Picasa
location : My Home


Ya, ada kala kita tak mampu mendapat ketenangan daripada berkongsi masalah dengan manusia, kerana manusia juga punya masalahnya tersendiri. Alangkah indahnya hidup ini andai kehebatan dan cantiknya alam ini menjadi pengubat hati yang gundah. Biarlah sekalipun kita dianggap pelik, tetapi hati ini masih ingat padaNya. Berzikir kita dan tunduk kita padaNya membuktikan kehambaan padaNya. Sehebat mana manusia merakam kecantikan dunia tetapi jika tiada rasa takut padaNya, maka rugilah segalanya...

Hidup yang sementara..