Wednesday, March 31, 2010

Senja Semalam



Sony _alpha 230
Software : Picasa
Lokasi : Teluk Wawasan, Batu Pahat, Johor.

Ceritaku








...Collage dihasilkan dengan menggunakan software Picasa...
.. kamera Sony alpha 230...

Hasil gambar ini,merakam segala pemandangan di antara teluk Selat Melaka,31 March 2010,rabu.

Tuesday, March 30, 2010

Di Hujung Perjalanan








... kehidupan di dunia yang amat perit, neraka buat orang-orang yang mencari redhaNya, tetapi syurga bagi mereka yang alpha menikmati keseronokkan duniawi...

Sunday, March 28, 2010

Strawbery







28 March 2010,hari ini aku memulangkan posting orthopaedic sebagai Medical student....
macam-macam perkara berlaku dengan banyak sungguh pesakit yang kena aku 'cover' tetapi hanya dapat dapat selesaikan beberapa orang sahaja kerana kesuntukkan masa dan terlalu letih hari ini.

Gambar di atas itu,merupakan buah tangan kawan aku yang bercuti di Cameron Highland,dan percutian aku juga yang aku batalkan. Huh, seronok makan buah strawbery kerana masam-masam manis. Itu je dan warnanya yang menarik perhatian.

Gambar di atas aku rekodkan untuk melihat perubahan aku dalam dunia photography dari masa ke semasa,bilakah mampu aku meningkatkan kualiti gambar aku? ...mm.. aku yang bercermin mata ini pastinya memerlukan kemahiran untuk menfokus gambar lebih baik.

Saturday, March 27, 2010

Mencari ketenangan

Gambar bunga-bungaan di sekitar USMKK untuk dipandang...




biarpun indahnya seperti biasa, tapi ia tetap memberi suatu ketenangan buat hati yang longlai mengaharap bantuan daripadanya...



Hari ini,27 March 2010 aku bersiap awal pagi lagi untuk ke rumah Orang-orang Tua Seri Kenangan,di Pengkalan Chepa...

langkahku agak penuh dengan keterujaan tetapi dalam benak hatiku penuh dengan gundah gulana merasai tugasan yang amat banyak untuk diselesaikan disamping persediaan untuk menghadapi sesi berikutnya.

Inginku mengalirkan air mata kerisauan,tekanan dan seribu penyesalan kerana dalam hidupku, jarang sekali tugasan aku siapkan begitu lewat sekali. Kebanyakannya pasti siap lebih awal. Jika tidak siap pada masanya, biasanya itulah kerja berkumpulan aku. Tiada kerjasama. Hari ini aku terperangkap dengan angan-angan 'teamwork' yang akhirnya aku terpinggir dengan janji untuk menyiapkan tugasan bersama. Sikapku tegas, tetapi aku punya hati untuk bertolak ansur. Akhirnya, tugasan setiap ahli tiada sudahnya, masing-masing bergerak sendiri. Sehingga suatu masa, aku tiada daya untuk bergerak selama 5 hari. Aku sekali lagi tertinggal. Sehingga di penghujung,aku membatalkan percutianku untuk menyiapkan kerja yang masih kosong lagi. aku redha dengan ujian Ilahi, tetapi aku terkilan dengan manusia yang tidak pernah mahu berubah malah memperlekehkan perjuangan kepada yang lebih baik.

Friday, March 26, 2010

Mencari kesempurnaan



Lihatlah ciptaan tuhan dengan mata hatimu....







26 March 2010, ketika subuh lenaku itu, ku kuatkan kudratku untuk berjalan melihat suasana pagi untuk kurakamkan keindahannya walaupun tidak sesempurna hari biasanya...

Wednesday, March 24, 2010

Ketika Senja



Hanyatilah keindahannya..... andai ia bermakna, andai ia membawa suatu pengertian... renungilah akan cinta Ilahi adalah segalanya....

Thursday, March 4, 2010

E.G.O


Suasana yang sunyi petang itu,
bukanlah bermakna jantung ini diam lesu berehat,
nadinya berdenyut tanpa henti untuk melihat keagungan Ilahi....

(Hadapan HUSM,Tingkat Tujuh)